TERMA DAN SYARAT


---CONTOH UNTUK LATIHAN KELAS----

Terma dan Syarat
NO. 1 : JUALAN
1.1 -Barang yang dibeli tidak boleh dipulangkan/tiada wang akan dikembalikan.
1.2 -Invois pesanan yang diterima oleh pelanggan hanya sah untuk 3 hari dari tarikh invois diterima termasuk Sabtu & Ahad.
1.3 -Warna sebenar barang yang dijual di fb mungkin sedikit berbeza dengan warna yang dipaparkan pasa skrin komputer anda.

NO.2 : PEMBAYARAN
2.1 -Pesanan akan terbatal sekiranya tiada pembayaran diterima selepas 3 hari dari tarikh invois pesanan dikeluarkankan. (Sila beritahu kami melalui emel sekiranya anda mempunyai kesukaran dalam tempoh tersebut).Tentulah kami akan kompromi.
2.2 -Pembayaran hendaklah dibuat pada akaun Maybank yang diberikan pada invois pesanan.
2.3 -Bukti pembayaran hendaklah dilampirkan pada emel dengan "reply" emel kami.Jangan hantar bukti pembayaran dengan "compose" emel yang baru. Ini penting bagi kami untuk proses semakan secara individu.
2.4 -Lampiran bukti pembayaran adalah wajib. Tanpa bukti pembayaran, pihak kami tidak akan memproses pesanan anda.
Lampiran yang kami perlukan ialah :-
2.4.(a)Sekiranya pembayaran melalui Internet Banking....Sila copy & paste pada microsoft word gambar transaksi pembayaran dan emelkan kepada kami.Sila berbuat demikian walaupun anda telah notify kami melalui email di m2u...
2.4.(b)Sekiranya pembayaran melalui ATM dan kaunter pembayaran...Sila scan/ambil gambar resit anda dan lampirkan apabila anda "reply" emel kami

NO. 3 : PENGHANTARAN
3.1 -Penghantaran adalah menggunakan Poslaju pada setiap hari RABU & SABTU (kecuali minggu pertama) sahaja bagi pembelian secara runcit.Manakala, penghantaran untuk pembelian secara borong ialah pada hari ISNIN sahaja.
3.2 -Caj yang dikenakan ialah:-Bagi 500g pertama : RM6 ( Semenanjung Malaysia) , RM9 ( Sabah & Sarawak)Bagi 250g yang berikutnya :RM3 ( Semenanjung Malaysia) , RM4 ( Sabah & Sarawak)
3.3 -Pihak kami akan menggunakan penghantaran selain Poslaju sekiranya perlu. Namun kadar yang dikenakan adalah sama.
3.4 -Sila track no penghantaran anda di http://www.poslaju.com.my/track.aspx
3.5 -Untuk penghantaran ke Luar Negara, caj yang dikenakan adalah mengikut caj Poslaju.


Terima kasih kerana membeli di Best Shop.

No comments: